Baru aq dapat idea nak menulis.Now, fikir punya fikir"cinta Najiha aq dh post so hrp korg enjoy mmbce. lau korg complain psl cte ni aq tk kisah,aq msih belajar tentulah ade mistake kn? lgipun aq juz menulis suke2..hee.
-
cinta najiha (post 1)
Di Larkin Perdana. “kak,bas yang seterusnya sampai pukul berapa ye?” tanya Najiha .
“pukul 3.30..” jawab kak penjaga kaunter di situ. “oh, terima kasih,kak.” Najiha sempat melemparkan senyuman kearah wanita yang berusia 30- an itu sebelum melangkah pergi. Mata Najiha melilau mencari tempat duduk. Got it!
Dia menuju ke arah tempat duduk itu. Belum sempat dia duduk, tempat duduk itu diambil oleh seorang lelaki berkaca mata hitam. Najiha menarik muka masam. Dia malas mahu bertikam lidah, jadi dia mengambil keputusan untuk berdiri. “ Cheh,tak gentle langsung.
Cuba lah mengalah pada kaum hawa sikit.” Ujar Najiha mengomel di dalam hati.
Bas yang berwarna kuning berhenti di hadapan Najiha. Najiha membuka dompet lalu mengeluarkan tiket bas. Dia memakai beg di bahu dan di sebelah tangan kirinya memegang beg yang berwarna coklat jambu. Najiha menutur langkah menuju ke arah bas. Dia naik tangga dan menghulurkan tiket kepada drebar cina botak itu.
Dia seraya bergerak untuk cari tempat duduk. Kosong???
Takkan aku sorang aje yang naik bas ni?
Hatinya mula gelisah. Bulu romanya meremang.
Bukan itu sahaja yang dia takuti,malahan dia perasan cara pandangan drebar cina botak itu tadi bagaikan membawa maksud yang tidak baik. Najiha menarik nafas dalam-dalam.
Dia cuba bertawakal. Dia cuba untuk menyedapkan hati.
“naj,kau jangan risau. Drebar botak tu tak akan buat yang macam-macam kat kau. Percayalah..” dia mengurut-gurut dada lalu duduk.
“asal dengan kerusi ni. Lain macam je rasa….”dia mula rasa tidak sedap hati.
Dia memusingkan kepala sedikit.
“huargghhhh!!!!” dia menjerit terus terbangun. Najiha menekup mulut.
Rupa-rupanya dia terduduk di atas peha seorang pemuda yang berkaca mata hitam tadi.
Lelaki itu membuka spek mata hitam.
“saya mintak maaf sangat. Saya tak perasan awak duduk kat situ.” Mukanya agak berona merah.
“tak apa. Saya tak rugi apapun..” dia memandang gadis yang cantik berselendang putih itu yang masih berdiri.
“memanglah tak rugi pape.” Najiha menjeling sekilas. Dek tak tahan lama berdiri,dia melabuhkan punggung di kerusi sebelah lelaki itu. Riak wajah lelaki itu agak terkejut sedikit. “Beraninya perempuan ni,tak takut ke dengan aku..sekali aku ni perogol bersiri ke?”ujar Firas di dalam hati.
“awak tak takut ke duduk dengan saya. Sekali saya ni perogol berbahaya ke?” soal firas dengan selamba.
“ kalau awak perogol,mana berani awak cakap macamtu dengan saya..” Aduissh!! Terkena aku sebijik.
“okay,okay awak menang. Tapi, saya tanya ni kenapa awak duduk sini? Tuu..tempat lain banyak lagi kat belakang.” Firas menyoal lagak seperti polis.
“suka hati sayalah..”Najiha bersuara agak keras.
“amboi,marah nampak.”firas tersengih. Najiha menyengetkan mulut.
“ala..takkan marah kut. Saya gurau aje.Apa-apapun nama saya Firas. FIRAS, got it?” dia tersenyum.
“ Nur najiha..itu nama saya.” Balas Najiha.
“ sedap nama awak.” Firas masih merenung gadis yang baru dia kenali itu. Dari pandangan mata,gadis itu nampak sopan dan sedap mata memandang.
-cinta najiha- (post 2)
“ Boleh saya tanya sikit. Awak pergi KL sebab apa?”dia bersuara secara tiba-tiba.
“erm,atas sebab kerja.” Jawab Najiha secara spotan.
“ kerja apa?”soal Firas lagi.
“yang awak nak tau sangat pasal saya kenapa? Habis tu awak pula kerja apa kat KL tuu..”soal Najiha pula kali ini.
“saya arkitek.” Firas menjawab.
“uh, arkitek. Tentu susah kan?” Najiha mula tersenyum.
“tak susah mana kalau kita belajar. Awak kerja apa dekat KL?” firas bertanya sekali lagi.
“saya penulis ..” Najiha bersuara.
“wow! Look great. Tak sangka saya dapat kenal dengan seorang penulis. Dah berapa lama awak bergiat dalam bidang sini tu?” ujar dia agak teruja.
“dah 2 tahun.”
“awak tulis novel apa?” tanya Firas.
“awak ni kan saya tengok dah macam polis lah..”entah kenapa dia mulai rasa selesa dengan lelaki yang baru dia kenali itu.
“ polis pun polis lah. Apa yang pasti, banyak benda yang saya nak tau pasal awak..” kata firas.
“banyak lah jugak. Salah satunya “Cinta aku dan dia.”balas Najiha selamba.
“cinta aku dan dia. Ooo..jadinya awaklah penulis terkenal tu. Beruntungnya saya dapat kenal awak.”
“awak gemar baca novel saya ke?” soal Najiha ingin tahu.
“setiap bulan saya tunggu keluaran awak yang terbaru. Memang, saya suka baca cerita awak, apa orang putih cakap. Fantastic!! “ dia membuat mimik-mimik muka lucu menyebabkan Najiha menghamburkan gelak tawa.
“awak ni kelakar laa..” Najiha masih dalam tawa.
Firas pun turut ketawa sama.
“tapi, kenapa awak letak nama pena lain dari nama awak sendiri ?” ujar firas.
“aaa,..nama Nur Raisya tu nama arwah adik saya..” nadanya agak perlahan.
“ saya mintak maaf..”
“it’s okay. Bukan salah awak.”
Suasana kembali sepi.
Di dalam perjalanan, Najiha sudah terlentok-lentok ketiduran. Firas pula,lebih suka menyaksikan pemandangan di luar. Bas berhenti secara tiba-tiba.
-cinta najiha- (post 3)
“kenapa pulak dengan bas ni..” Firas memegang kerusi dengan kuat akibat gegaran yang kuat. Najiha yang tersedar dari tidur turut terkejut dan tak sengaja memegang lengan Firas dengan kemas.
“firas..kenapa dengan bas??” aju Najiha bingung.
Firas diam membisu. Dia tidak dapat menjawab pertanyaan Najiha.
Bas berhenti di tepi jalan.
Drebar bas cina botak itu menuruni tangga dan memeriksa tayar bunga bas.
“ayaa..tayar kempis..”dia menepuk dahi tanda kesal.
Firas bangun dibuntuti oleh Najiha. “apek, apa pasal dengan bas?” soal Firas kepada Drebar bas cina botak itu.
“tayar kempis..”dia masih tergaru-garu kepala.
“tak ada tayar spare ke?” soal Firas lagi.
Lengan Firas masih dipegang kuat oleh Najiha.
“tak ada. Nampaknya, lu orang terpaksa cari bas luar.”jawab drebar bas cina.
“kalau tunggu berapa lama?” kata firas.
“kalau lu mau tunggu dalam 3..4..hari baru siap..” jawab drebar cina itu lagi.
Firas memandang Najiha. Najiha memandang firas.
“macamana najiha?”Firas cuba bertenang.
“aa..firas. Najiha tak tau. Najiha ikut firas aja..”dia meleraikan tangan dari lengan apabila mula sedar ketelanjuran dirinya.
“erm, apek, kalau ke pekan berapa jauh dari sini?” tanya firas. Dia menghela nafas pendek.
“ah, tak silap gua depan sini ada satu pekan. Apa nama itu pekan.gua pun tak ingat ooo..” kata drebar cina botak.
“kalau macamtu, mari Najiha kita pergi pekan mintak bantuan.” Firas cuba menyakinkan Najiha yang dalam keadaan cemas.
“lu orang pergilah.Gua dah mintak tolong kawan.” Drebar bas cina itu mula mengeluarkan rokok dari kocek kiri seluar.
Firas terus ke tempat duduk dan menyarungkan beg di bahu. Najiha hanya menurut.
Dia memakai beg dan turun bersama-sama Firas.Dalam keadaan macamni, Najiha bertindak untuk mendiamkan diri.
“ apek, terima kasih ya.” Firas melambai ke arah Drebar bas cina.
“okay-okay..” dia tersenyum. Asap-asap rokok berkepul-kepul di udara.
“mari Najiha..” firas memandang Najiha sambil tersenyum. Najiha mengangguk.