firstly idola aku...
ya, datuk A. samad said..
nak tau asal aku sukakan dy ??
coz dy seorang karyawan yang terhebat di abad ni..
aq suke cara penulisan dy....byk mem tye spe idol aq .. and i juz say A. samad said my idola 4 ebe...
dy banyak menulis karya . antra karya tersebut ialah:
salina
Bulan tak bermadu di Fatehpur Sikri
Sungai mengalir lesu
Di hadapan pulau
Langit petang
Daerah Seni
Hujan Pagi
Lantai T. pinkie and byk lagilah..
aq tk ingat sgt sbb byk sangat lorr..tpi, pape pun aq mmg tabik glewr nan hasil karya sasterawan kte tuuu...
and one dy i wt to be writer like him....
one day....:)... believe or not, i must try very hard to be like him....heee
.
ini anugerah yang patut kte tabik pde abad ini..
| TAHUN | ANUGERAH UTAMA |
| 1999 | Anugerah Sasterawan Nusantara |
| 1985 | Anugerah Sasterawan Negara |
| 1979 | Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) |
| 1976 | Anugerah Pejuang Sastera |
| ANUGERAH LAIN |
| SENARAI KARYA | |
| Genre | Judul (Penerbit, Tahun) |
| NOVEL | Adik Datang (Wira Bukit, 2003) |
| Salina | |
| ANTOLOGI CERPEN | |
| ANTOLOGI PUISI | Balada Hilang Peta (DBP, 1993) |
| Benih Semalu (DBP, 1984, 1987) | |
| CERPEN | |
| PUISI (BUKU) | Rindu Ibu (Wira Bukit, 2004) |
| Dirgahayu Dr. Mahatir (Wira Bukit, 2003) | |
| Al-Amin (Dewan Bahasa & Pustaka, 1999, 2001) | |
| PUISI | |
| ARTIKEL/ESEI | Antara Bulan dan Wira (Buku) |
| DRAMA | Lantai T. Pinkie (Buku) |
| Wira Bukit | |
A. Samad Said
Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain menjadi titik penentu A. Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil di ujana kesusasteraan tanah air. Dalam karya A. Samad Said, khalayak akan melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang pengarang yang menuangkan nurani seninya. A. Samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas.
Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A. Samad Said dibawa oleh keluarganya ke Singapura. A. Samad Said memperoleh pendidikan formal di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946). Kemudian A. Samad meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution hingga memperolehi sijil Senior Cambridge (1956).
Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan Melayu, Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya.
Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negera geperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel seperti Oliver Twist, Wuthering Height, dan Almayer's Folly. Beliau juga menggunting dan menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya sendiri. Kegiatan menterjemah beberapa karya asing juga secaran tidak langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesuasteraan
Bermula detik alam persekolahan hingga kini A. Samad Said tida jemu menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku dan Warkah Eropah, AL-AMIN , Riwayat Hidup Rasululiah s.a.w dalam Puisi (1999) dan kumpulah puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn Bhd.Beberapa karyanya diadaptasi menjadi teater/drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau
Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkayakan dan memertabatkan kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah Sasterawan Negara (1985), dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999).
Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka.
(Dewan Sastera Ogos 2003)
(Dewan Sastera Ogos 2003)
Hasil karya:
Buku
A Samad Said RM70.00 Lagi tentang buku ini Letak di troli belian | Al-Amin RM48.00 Lagi tentang buku ini Letak di troli belian |
Cinta Fansuri RM15.00 Lagi tentang buku ini Letak di troli belian | Dari Salina ke Langit Petang RM15.00 Lagi tentang buku ini Letak di troli belian |
Dirgahayu Dr Mahathir RM30.00 Lagi tentang buku ini Letak di troli belian | Ilham Di Tepi Tasik - A Samad Said RM45.00 Lagi tentang buku ini Letak di troli belian |
Keledang RM40.00 Lagi tentang buku ini Letak di troli belian | Rindu Ibu - Versi Santai RM10.00 Lagi tentang buku ini Letak di troli belian |
Suara Dari Dinding Dewan RM33.00 PROFIL RINGKAS Nama: Datuk Abdul Samad Muhammad Said. Nama Pena: A Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jami Kelana. Tarikh/Tempat Lahir: Pada 9.4.1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.Pendidikan: Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-46), Sekolah Jepun (3 bulan), Victoria Institution sehngga Senior Cambridge, 1956). Kerjaya: Kerani hospital, Pengrang Utusan Melayu, Pengarang Warta Tebrau, Pengarang Berita Harian. Anugerah: Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Sasterawan Negara (19850, Sasterawan Nusantara (1999). Karya: Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku, Warkah Eropah, Al-Amin, Suara Dari Dind jadi, inilah semua ttg idola aku... so, kite harus menghargai karya seni beliau... wt i want to sys he is very adorable man in the world...tenkiu for read this...heee itu ajelaa yg aq boleh post, tata wasalam..:O |

No comments:
Post a Comment